Lebih 800 pengundi kaum India di dalam Parlimen Kota Bharu menjalani kehidupan mereka secara aman tanpa ada tekanan, walapun bilangan mereka sangat kecil berbanding kaum Cina.<br /><br />Malah, sebahagian besar masyarakat India di sini mengamalkan cara hidup rakyat Kelantan, bercakap dialek Kelantan serta meyemai adat Melayu Kelantan dalam keluarga mereka.
